1M4U Malaysia
1M4U Malaysia

1M4U Malaysia

1Malaysia for Youth atau lebih dikenali sebagai 1M4U atau diolah sebagai IM4U merupakan satu inisiatif dari kerajaan Malaysia untuk menggalakkan lagi penyertaan para belia dalam aktiviti kemasyarakatan di Malaysia. Dengan adanya inisiatif ini diharap para belia dapat memanfaatkan peluang yang sedia ada untuk berbakti dan memberi sumbangan kepada Negara. [1]Kerajaan Malaysia telah mengiktiraf bahawa belia Malaysia boleh membantu serta memainkan peranan penting dalam membentuk Malaysia menjadi destinasi yang lebih baik untuk hidup, bekerja dan bermain.Dalam usaha untuk menangkap imaginasi belia demi memberikan inspirasi dalam merealisasikan impian tersebut, kempen 1Malaysia Untuk Belia (1M4U) diwujudkan bagi menjalankan aktiviti berkaitan sukarelawan.[2]Aktiviti tersebut bertujuan memberikan manfaat kepada masyarakat dan kumpulan sosial yang disasarkan dalam kempen berkenaan.Menerusi kempen ini, 1M4U akan sampai kepada individu sama ada kolektif atau pun tunggal, pertubuhan bukan kerajaan dan sektor korporat dengan menyelaras usaha menggalakkan kesukarelawanan dari golongan belia.Lebih menarik lagi, 20 personaliti belia telah dinamakan sebagai '1 MALAYSIA AMBASSADORS' yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Perdana Putra, Putrajaya.Individu-individu berketrampilan ini telah menyumbang secara signifikan kepada pembentukan negara. Kesemua mereka adalah bintang di dalam bidang-bidang yang mereka ceburi seperti sukan, perniagaan, musik dan aktiviti kemasyarakatan serta merupakan inspirasi kepada belia di negara ini.Tujuan utama 1M4U adlah untuk mengembangkan semangat cintakan negara dan kesukarelawanan dikalangan belia di seluruh Malaysia. Pihak kerajaan menganggarkan 1M4U akan memberikan motivasi kepada belia untuk sama-sama terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan. Jika selama ini pencapaian belia hanya dinilai dari segi akademik, kini dengan usaha berterusan kerajaan para belia boleh menceburi kesukarelawan untuk membantu orang ramai dalam memberikan yang terbaik kepada masyarakat Malaysia.[3]Datuk Seri Najib Razak adalah pencetus idea kepada 1M4U dimana beliau telah memikirkan tentang golongan belia yang kurang mendapat apa-apa sambutan dan peruntukan yang secukupnya untuk menjalankan aktiviti. Pergerakan ini mengajak para belia menggunakan imaginasi dan kreativiti untuk mempromosikan kesukarelawanan.[4]1M4U dibubarkan selepas kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2018.

1M4U Malaysia

Sukarelawan 255,000 sukarelawan
Kawasan berkhidmat Malaysia
Pengasas Kerajaan Malaysia
Laman sesawang www.1m4youth.com.my,
im4u.my
Moto 1 Malaysia for Youth
Orang penting
  • Azlan Rudy Abdul Malik (ketua pegawai operasi)
  • Tan Shyue Wern (pengarah kumpulan pemasaran jenama)
  • Kartini Kamalul Ariffin (pengarah, 1M4U.fm)
Dibubarkan 2018
Jenis Dana Bukan Keuntungan Kesukarelaan